Sabtu, Juli 19, 2014

Resipi biskut arab gebu .

Assalamualaikum ,

 so sempena hari ke 21 ramadhan pasti lah emak-emak kita mula bising mengapa anak dara mereka tidak start membakar kuih raya lagi termasuk lah emak saya. Semalam lagi dia dah jeling-jeling saya sebab saya tak buat kuih raya saya sedih terus saya bangun pagi tadi menghadap gula kastor, tepung gandum, minyak sapi dan bahan-bahan sampingan yang lain.

Teringat tahun lepas ke rumah cousin dan dihidangkan dengan biskut arab cute miut cair dimulut ini terus hantar sistem pesanan ringkas (SMS) dan minta resipi keenakkan biskut arab cute miut ini. Sebenarnya resipi dah dapat minggu lepas tapi kerana malas dan emak pun sudah mula menjeling maka hari ini saya pun terus membakarnya.


Bila google, banyak betul nama dia ni. ada biskut arab lah biskut suji lah biskut makmur lah entah apa-apa lagi entah nama dia. tapi saya suka biskut arab yang tak payah salut tepung atau gula, terus bakar masuk dalam balang kuih raya tak payah guling-guling dalam gula atau cat bagi colorfull nampak tak menarik langsung. better color camni, cute dan miut HAHAHAHAHA :')

Sebenarnya ada juga google resipi dan rupa biskut arab ini, nampak lah pelbagai bentuk dan hiasan tetapi tak menarik seperti biskut arab yang gebu ini. jadi tiada harapan lah nak cat colorfull atau letak cherry on top . saya lebih tergoda dengan kegebuan dia berwarna kuning-kuning masuk mulut terus cair T________T



Jadi sebelum resipi biskut arab yang saya save dalam SMS itu hilang angkara handphone rosak atau terpaksa diformat maka marilah saya tempek resipi biskut arab supaya dapat lah saya bakar biskut arab ini pada tahun hadapan :')

Biskut Arab 

  • 1 cwn gula halus 
  • 3 cwn tpg gndm 
  • 1 biji merah tlur 
  • 1 sudu kcil baking pwder 
  • 1 sudu teh esen vanila 
  • 200gm @ 1/2 tin mnyk sapi ( tin sdrhana bsar ) 


Cara2 nya...

  1. Gula, tepung, merah tlur, baking pwder, esen vanila d gaul dgn mnyk sapi hngga sbati. 
  2. Next....terap & msukkn dlm oven. 
  3. Siap....slamt nmcba...;-)


Boleh tak terus salin dari handphone tak edit apa pun boleh tak? HAHAHAHA jadi resipi diatas ini saya buat satu adunan jadi saya ikut jumlah adunan itu kalau nak buat berbekas-bekas pandai-pandai lah awak gandakan bahan-bahan itu :')






8 komentar:

  1. Juga dikenali dengan nama biskut Makmur. :D Nak sikit..hihihi

    BalasHapus
    Balasan
    1. kita baca resipi biskut makmur ada campuran kacang ye? hihihi tak reti nak bezakan dgn suji jugak waaa :p

      Hapus
    2. Biskut arab mcm kt atas. Makmur ada inti kacang. Suji plak dh lain resepinya guna tepung suji. Jgn keliru yer

      Hapus
  2. wah sodap nyewww home made biskut arab... comel lak tuh... haishhh.. ^__^

    BalasHapus
    Balasan
    1. terbukti sedap lepas kita kene buat lagi harini hihihi awk cubaa laa

      Hapus
  3. Balasan
    1. cair dalam mulut, tak payah kunyah tauuu hihihi

      Hapus
  4. ok boleh cuba buat...hehehe..

    BalasHapus

Terima kasih kerana membaca

Mari luahkan isi hati anda juga :)

1. Jangan emosi sangat tau.

2. Luahkan dengan nada comel.

Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !